
Blog ini disediakan untuk kursus Urbanisasi dan Pembangunan Bandar (SKAD2063) Semester 1 sesi 08/09. Dalam blog ini, ia mengkaji Tahap Keefisienan Bandar di Kawasan PBT yang diberikan iaitu Majlis Perbandaran Selayang(MPS).
Hutan Lipur Kanching terletak di Hutan Simpan Kanching yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah dan Bukit. Hutan lipur ini juga terletak lebih kurang 2 km dari Templer Park. Keunikan kawasan ini ialah ianya mempunyai 7 strata air terjun yang cantik. Pada setiap strata air terjun terdapat kolam yang cantik dan sangat sesuai untuk mandi-manda. Pengunjung-pengunjung boleh juga berkhemah dan menyusur denai hutan sambil menikmati suasana yang hijau di sekeliling air terjun.
Objektif MPS
Terdapat beberapa objektif yang hendak dicapai bagi merialisasikan matlamat-matlamat yang telah dirangka oleh MPS. Antara objektifnya ialah memberi perkhidmatan perbandaran yang asas yang sesuai dengan kehendak Akta 171, Akta 133 dan juga Akta 172. Selain objektif diatas, MPS juga ingin menjadi agen pembangunan fizikal, ekonomi, dan juga sosial yang berkesan dengan kehendak Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Persekutuan.
Pecahan Penduduk Pada Tahun 2000.
Bedasarkan bancian yang dilakukan pada tahun 2000 dikawasan pentadbiran MPS, jumlah penduduknya seramai 410,315 orang termasuk bukan warganegara. Ini dapat diperincikan lagi dalam jadual di bawah:
Bangsa | Bilangan penduduk (orang) | Peratus (%) |
Melayu | 215,801 | 52.59 |
Cina | 114,218 | 27.84 |
India | 7,188 | 15.12 |
Lain-lain | 11,051 | 1.75 |
Bukan warganegara | 11,051 | 2.69 |
Jumlah | 410,315 | 100 |
Penduduk dan kawasan keluasan MPS
Mukim | Keluasan (hektar) | Bilangan penduduk (orang) |
Rawang | 26,314 | 88,836 |
Batu | 15,462 | 285,100 |
Setapak | 12,784 | 36,379 |
Jumlah | 54,560 | 410,315 |
Mukim Rawang merupakan mukim yang terbesar dalam kawasan pentadbiran MPS iaitu 26,314 hektar dan mempunyai bilangan penduduk seramai 88,836 orang. Manakala mukim yang terkecil pula ialah mukim Setapak yang berkeluasan 12,784 hektar dan mempunyai 36,379 orang penduduk.
Latar belakang Majlis Perbandaran Selayang (MPS)
Sebelum ini, MPS dikenali sebagai Majlis Daerah Gombak (MDG) dan ia ditubuhkan di bawah Akta 171, Akta Kerajaan Tempatan 1976. Sebenarnya MDG ini lahir daripada beberapa rentetan pembangunan Majlis Kerajaan Tempatan sebelumnya seperti Lembaga Perbandaran Gombak, Lembaga Bandaraya Rawang, Lembaga Bandaraya Kuala Ampang, Kawasan PKNS Taman Keramat dan juga Kawasan Perindustrian Batu Caves.