Sunday, September 7, 2008

Taman Rimba Komanwel



Taman Rimba Komanwel terletak di Hutan Simpan Bukit Lagong yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah. Satu keistimewaan di taman ini ialah pengunjung berpeluang menaiki titian silara yang memberikan pengalaman melihat silara pokok-pokok yang terdapat di sekitar kawasan taman. Disamping itu pengunjung juga akan dapat melihat pemandangan panorama sebahagian besar kawasan Taman Rimba Komanwel melalui titian silara ini serta melihat hidupan liar yang terdapat di sini.

Hutan Rimba Kanching


Hutan Lipur Kanching terletak di Hutan Simpan Kanching yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah dan Bukit. Hutan lipur ini juga terletak lebih kurang 2 km dari Templer Park. Keunikan kawasan ini ialah ianya mempunyai 7 strata air terjun yang cantik. Pada setiap strata air terjun terdapat kolam yang cantik dan sangat sesuai untuk mandi-manda. Pengunjung-pengunjung boleh juga berkhemah dan menyusur denai hutan sambil menikmati suasana yang hijau di sekeliling air terjun.

Muzium Orang Asli



Pelawat dapat mempelajari tentang kehidupan Orang Asli, adat dan budaya mereka dan disamping itu juga ialah sosial dan ekonomi utama meraka. Adat dan budaya mereka meliputi cara pemakaian, alat muzik, dan juga alat memburu. Muzium ini terletak di Gombak iaitu 24 km dari Batu Caves. Muzium ini mengisahkan tentang orang asli yang ada di Semenanjung Malaysia yang seramai 60,000 orang. Ia diuruskan sendiri oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA).

Bunga Rasmi MPS


Bunga Rasmi MPS ialah bunga Siantan atau nama saintifiknya ialah Ixora

FRIM




Salah satu tempat yang menarik dikawasan pentadbiran MPS ialah Forest Reaserch Institute of Malaysia (FRIM). Ia merupakan sebuah kawasan hutan simpan dikawasan tersebut. Pelawat boleh mempelajari sesuatu yang berkaitan tentang hutan disamping dapat menghirup udara segar, beriadah, dan menjadi tempat pelancongan yang menarik.

Batu Caves


Fakta menarik tentang Batu Caves;
1-Mula dijumpai 100 tahun dahulu.
2-Hanya 13 km dari utara Kuala Lumpur.
3-Pelawat mesti menaiki 272 anak tangga sebelum sampai ke Gua Batu Caves.

Sebenarnya, setiap tahun semasa perayaan Thaipusam dalam kalendar Hindu (kebiasaanya pada penghujung Januari) ia menjadi tumpuan bagi masyarakat India yang beragama Hindu untuk menyambutnya. Salah satu acaranya ialah membawa Kavadi yang perlu penganut agama ini mencucuk mata kail ke badan sebagai simbolik pengorbanan kepada agama mereka.

Templer Park




Templer Park dinamakan sempena Sir Gerald Templer yang merupakan salah seorang yang berkuasa semasa zaman kolonial British. Kawasan ini terkenal dengan kecantikan alam sekitarnya yang kaya dengan hutan hijau yang didiami oleh pelbagai spesis flora dan juga fauna. ia terletak 21km dari utara Kuala Lumpur. Hutan dikawasan tersebut berkeluasan 1,214 hektar. Templer Park ini sesuai untuk beriadah kerana kaya dengan pelbagai spesis yang menarik.

Peta Ke MPS

Peta Kawasan MPS


Motto MPS

Moto MPS

Maju, Progresif, Sejahtera

Objektif MPS

Objektif MPS

Terdapat beberapa objektif yang hendak dicapai bagi merialisasikan matlamat-matlamat yang telah dirangka oleh MPS. Antara objektifnya ialah memberi perkhidmatan perbandaran yang asas yang sesuai dengan kehendak Akta 171, Akta 133 dan juga Akta 172. Selain objektif diatas, MPS juga ingin menjadi agen pembangunan fizikal, ekonomi, dan juga sosial yang berkesan dengan kehendak Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Persekutuan.

Misi MPS

Misi MPS

Bagi matlamat jangka panjang, MPS ingin mencapainya dengan menyediakan perkhidmatan yang cekap, efektif dan juga berkualiti.

Visi MPS

Visi MPS

Matlamat jangka pendek bagi MPS ialah ingin menjadikan kawasan Selayang sebuah kawasan perbandaran yang selesa didiami, kondusif untuk pelanggan dan selamat untuk semua.

Pecahan Penduduk Di Kawasan MPS

Pecahan Penduduk Pada Tahun 2000.

Bedasarkan bancian yang dilakukan pada tahun 2000 dikawasan pentadbiran MPS, jumlah penduduknya seramai 410,315 orang termasuk bukan warganegara. Ini dapat diperincikan lagi dalam jadual di bawah:

Bangsa

Bilangan penduduk (orang)

Peratus (%)

Melayu

215,801

52.59

Cina

114,218

27.84

India

7,188

15.12

Lain-lain

11,051

1.75

Bukan warganegara

11,051

2.69

Jumlah

410,315

100

Penduduk dan Kawasan Pentadbiran MPS

Penduduk dan kawasan keluasan MPS

Mukim

Keluasan (hektar)

Bilangan penduduk (orang)

Rawang

26,314

88,836

Batu

15,462

285,100

Setapak

12,784

36,379

Jumlah

54,560

410,315

Mukim Rawang merupakan mukim yang terbesar dalam kawasan pentadbiran MPS iaitu 26,314 hektar dan mempunyai bilangan penduduk seramai 88,836 orang. Manakala mukim yang terkecil pula ialah mukim Setapak yang berkeluasan 12,784 hektar dan mempunyai 36,379 orang penduduk.

Pengenalan PBT (Majlis Perbandaran Selayang)

Latar belakang Majlis Perbandaran Selayang (MPS)

Sebelum ini, MPS dikenali sebagai Majlis Daerah Gombak (MDG) dan ia ditubuhkan di bawah Akta 171, Akta Kerajaan Tempatan 1976. Sebenarnya MDG ini lahir daripada beberapa rentetan pembangunan Majlis Kerajaan Tempatan sebelumnya seperti Lembaga Perbandaran Gombak, Lembaga Bandaraya Rawang, Lembaga Bandaraya Kuala Ampang, Kawasan PKNS Taman Keramat dan juga Kawasan Perindustrian Batu Caves.

Monday, September 1, 2008

Tugasan

Pada kelas minggu yang lalu telah diberikan PBT untuk dibuat kajian. PBT yang bertuah ialah Majlis Perbandaran Selayang (MPS). jadi, dalam blog ini akan banyak menceritakan tentang PBT berkenaan.