Wednesday, October 29, 2008

Gambar Pemandangan Dalam Hutan

Pokok Tapak Kaki Hantu.
Pokok Tongkat Ali Hitam.


'Crown' yang dapat kita saksikan kerana ciri-ciri hutan hujan khatulistiwa

itu sendiri mempunyai 4 lapisan yang tidak bercantum sebenarnya.




Keindahan alam semulajadi yang tidak mungkin sama dengan
hutan lain yang ada di dunia.

Ini merupakan salah satu spesis dari keluarga pokok bakau.
Jika diamati, ia seakan-akan berbentuk seperti kepala gajah.



Pokok Kacip Fatimah.












Memproses Data

Semalam saya dan ahli kumpulan MPS telah memasukkan data mentah kedalam SPSS. Namun, ia merupakan satu kerja yang paling sukar dan memenatkan. Hal ini kami perlu memasukkan data yang banyak dalam satu borang soal selidik. Kami telah membuat dari pukul 9 pagi sehingga 6 petang dan disambung lagi dari pukul 9 malam hingga 12 tengah malam. Akhirnya kami berjaya memasukkan semua data tersebut. Kini, tinggallah kami untuk menganalisis data tersebut dan dipersembahkan ke dalam blog ini. InsyaAllah...


Tuesday, October 28, 2008

Gambar Di Dalam Muzium Frim

Kepala kapal layar.

Gasing pangkah.


Alatan memproses makanan berasaskan bijirin.

Alat muzik tradisional.


Akar pokok kayu Ara.


Replika kapal layar.


Mesin memproses padi.


Gambar penyelidik bersama rakan-rakan.


Rotan yang dibentuk dan diukir seperti bentuk ular.

Kesesakan Jalan Raya 2


Kesesakan dalam perjalanan ke UKM.

Kesesakan Jalan Raya


Kesesakan ini berlaku semasa kenderaan berpusu-pusu ketika hendak ke bulatan yang menghala ke Kuala Lumpur dan Selayang. Lokasi di Batu Caves.

Perumahan Pinggir Bandar 2


Perumahan di pinggir bandar semasa dala perjalanan ke Batu Caves.

Perumahan Pinggir Bandar


Kawasan perumahan di pinggir bandar dapat dilihat dengan jelas. Lokasi dalam perjalanan ke Batu Caves.

Kawasan Perumahan 2


Kondominium di kawasan Batu Caves.

Kawasan Perumahan


Kondominium di kawasan Batu Caves.

Papan Iklan 3


Ruang iklan di kawasan MPS.

Papan Iklan 2


Ruang iklan di kawasan MPS.

Papan Iklan 1


Ruang iklan di kawasan MPS.

Monday, October 27, 2008

Pokok Buluh Burma

Pokok Buluh Burma. Pokok ini dibawa masuk dan ditanam di FRIM sewaktu pembukaannya pada 1927. Ia berbunga dalam lingkungan 100 tahun sekali. Namun, saya bernasib baik dapat melihat bunga buluh ini kerana belum tentu saya dapat lihat dalam tempoh 100 tahun akan datang.

Pokok Hujan-hujan. Ia dikatakan pokok hujan-hujan kerana apabila selepas hujan berhenti walaupun selepas 3 jam, air tetap akan jatuh dari pokok ini. Hal ini disebabkan air hujan tadi telah keluar dan jatuh dari pokok-pokok tumpangan yang ada di dahannya. Pokok tumpangan ini tidak menyerap nutrien daripada pokok induk bahkan menyediakan air baginya.

Panorama Hutan

Saya merasa kagum melihat keindahan hutan kita kerana ia membuatkan jiwa kita merasa tenang. Semasa mendengar taklimat dari renjer hutan, beliau menceritakan yang pembalak pasti akan menggigil lutut melihat balak-balak yang ada di sini. Gambar disebelah menunjukkan susunan yang cantik pokok-pokok yang menjadikan ia satu panorama yang indah untu diabdikan.

Arapaima

Di dalam FRIM terdapat sebuah kolam yang dahulunya merupakan sebuah kawasan perlombongan yang kini menjadi kolam ikan.Terdapat 3 ekor ikan Arapaima yang dibawa dari Brazil yang menjadi tarikan pelancongan di FRIM. Arapaima ini merupakan dalam keluarga ikan Arawana. Ikan ini mampu mencapai panjang 17 kaki yang bersamaan tempat meletak 4 buah kenderaan di sana. Namun, ia telah diberi diet dengan memberi makan 5 kilogram ikan seminggu untuk ketiga-tiga ekor ikan ini agar ia tidak terlalu cepat membesar. Pada tempat asal ikan ini, ia memakan anak monyet yang jatuh ke dalam sungai. Apa yang menakjubkan, ikan ini mampu melompat untuk menyambar habuan yang ada di permukaan air.


Muzium FRIM


Saya bersama Ipen dan juga Fendi telah mengabdikan kenangan kami dalam muzium FRIM yang mengandungi pelbagai artifak menarik tentang khazanah hutan kita yang telah diterokai untuk tujuan penyelidikan.

FRIM

Forest Research Institute of Malaysia (FRIM) merupakan satu badan berkanun yang ditubuhkan untuk menjalankan penyelidikan tentang hutan hujan tropika atau dikenali juga sebagai hutan malar hijau. Pada suatu ketika dahulu, FRIM merupakan sebuah tapak lombong bijih timah dan juga ladang buah-buahan pada tahun 1897. kemudian pada tahun 1911, ia dijadikan pusat penyelidikan British bagi mengkaji hutan kita. Pada waktu itu ia dikenali dengan nama Forest Research Institute (FRI). Seorang pegawai penyelidik yang pertama dilantik pada tahun 1922 yang bertanggungjawab untuk memantau dan membuat penyelidikan disini.

FRIM yang berkeluasan 1529 hektar mempunyai banyak kemudahan asas seperti klinik, sekolah, masjid dan lain-lain lagi. Ia terletak di Kepong yang hanya kira-kira 16 km dari Kuala Lumpur. Kini, terdapat 1000 kakitangan yang berkerja di dalam FRIM dimana 300 kakitangannya merupakan saintis yang menjalankan penyelidikan. Kawasan hutan di Malaysia yang digunakan untuk tujuan pembangunan ialah 40% sahaja manakala 60% lagi dibiarkan sebagai hutan simpan. Hutan di FRIM mempunyai kepelbagaian biodiversiti yang memerlukan antara satu sama lain. Kini, apa yang boleh dibanggakan oleh FRIM ialah dengan Anugerah Pengurusan Hutan yang terbaik di dunia.

Hutan malar hijau dapat dikenali dan dibezakan dengan beberapa ciri. Pertama ialah hutan ini terletak di garisan khatulistiwa yang menerima hujan melebihi 2000mm setahun dan hutan tropika kurang 2000mm setahun. Ia hutan ini juga menerima cahaya matahari sepanjang tahun. Hal ini menyebabkannya kelihatan hijau sepanjang tahun berbanding hutan tropika yang menggugurkan daunnya pada musim sejuk. Cara untuk mengukur umur tahun sesebuah batang pokok juga berbeza kerana pokok dari hutan malar hijau tidak boleh dikira berdasarkan ’ring’ dalam batang pokok itu tetapi dikira berdasarkan ukur lilitnya. Contohnya, pokok balau memerlukan 0.05mm untuk membesar dalam satu tahun. berbanding pokok tropika, umurnya dikira bedasarkan ’ring’ dalam pokok itu sendiri. Di dunia hanya terdapat beberapa tempat sahaja yang mempunyai hutan hujan tropika. Antara tempatnya ialah di Lembah Brazil (Hutan Amazon), Afrika Tengah dan juga di Malaysia.

Terdapat beberapa pokok yang amat berguna kepada manusia untuk tujuan perubatan. Antaranya pokok sena yang mengeluarkan getah dimana getah pokok tersebut boleh digunakan untuk merawat ulser mulut. Selain itu, pokok kacip fatimah dan tongkat ali (eurocoma) digunakan untuk menguatkan badan dengan merebus akarnya untuk diminum. Akhir sekali pokok tapak hantu juga sesuai untuk merawat luka dalaman.

Terdapat beberapa kategori pokok lain yang sesuai untuk pembalakan. Antaranya ialah pokok merbau yang dikategorikan sebagai pokok bekayu keras dan berat. Ia sesuai dijadikan alat muzik seperti piano dan juga biola. Selain itu, ia juga digukana untuk dibuat bot. Pokok kategori ini, amat mahal kerana ia mampu bertahan lama walaupun terendam dalam air ataupun tejemur di panas matahari. Kini, harganya mencecah RM800 sekaki.

Pokok meranti juga sesuai untuk tujuan pembalakan. Ia berkategori kayu sederhana keras dan berat. Kebanyakanya ia digunakan untuk menghasilkan perabot. Selain itu, jika ditoreh, ia akan mengeluarkan getah yang dapat digunakan sebagai campuran untuk menghasilkan lipstik.

Pokok Jelutong juga sesuai untuk pembalakan. Namun ia tidak sesuai untuk dibuat perabot kerana ia berkategori kayu ringan dan lembut. Jika ia dijadikan perabot, ia tidak tahan lama kerana terdapat banyak rongga udara didalam kayu tersebut. Ia sesuai untuk dijadikan pensil manakala getahnya digunakan dalam pembuatan gula-gula getah.

Hutan malar hijau merupakan satu anugerah kepada kita kerana ia menyediakan pelbagai kegunaan termasuk untuk tujuan perubatan. Selain itu, ia juga sebuah tempat yang mengandungi pelbagai biodiversiti flora dan fauna yang harus dikekalkan untuk tujuan keseimbangan alam. Hal ini telah dibuktikan bahawa seorang individu memerlukan 77 batang pokok untuk mendapatkan oksigen yang mencukupi dalam sehari. Jelaslah kita amat memerlukan hutan sebagai pelindung pada hari ini dan juga masa akan datang.

Thursday, October 23, 2008

Pandangan Saya Tentang Kemudahan Di Rawang

Semasa menjalankan kajian di kawasan Rawang, salah satu tempat yang saya dan rakan-rakan tujui ialah stesen bas Rawang untuk mendapatkan responden. Saya terkejut dengan prasarana yang ada di stesen bas tersebut. Untuk memastikan bahawa tempat tersebut adalah stesen bas, saya telah bertanya pada beberapa pengguna. Mereka menyatakan tempat inilah stesen bas Rawang.

Saya terkejut malihat keadaannya kerana jika dilihat, ia tidak seperti stesen bas. tetapi seperti perhentiaan bas sahaja. Tiada tempat menunggu bas, longkang yang tidak bertutup, jalan yang berlubang, dan juga tahap kebersihan yang kurang memuaskan. Pengguna terpaksa berteduh di kedai-kedai yang berhampiran sekiranya hujan ataupun panas terik.

Bagi saya, pihak yang bertanggungjawab harus memandang serius hal ini bagi keselesaan pengguna malahan jika pengangkutan ini beroperasi secara mapan, saya percaya ekonomi di Rawang mampu berkembang dengan lebih pesat.

Pembakar Semangat

Semasa saya menjalankan kajian di Sri Gombak, iaitu di masjid, saya telah mendapat seorang responden yang telah memberikan saya kata-kata pembakar semangat dalam menyiapkan kajian ini. Beliau merupakan bekas pelajar UniKL di Bangi dan menetap di Sri Gombak sejak dari kecil lagi.

Beliau telah menjawab 'semua' soalan dalam borang soal selidik dan juga mencadangkan saya tempat-tempat yang menjadi tumpuan agar saya dan rakan-rakan dapat menyelesaikannya secepat mungkin. Beliau juga memberikan beberapa pandangan yang bernas tentang isu-isu pembangunan dan juga tip-tip belajar yang ideal. Disini, saya mengucapkan berbanyak-banyak ucapan penghargaan kepada beliau kerana telah membantu saya dan rakan-rakan.

Di Batu Caves

Pada hari kedua saya menjalankan kerja lapangan, salah satu tempat yang saya dan rakan kumpulan pergi ialah ke Batu Caves. Hal ini semata-mata untuk mendapatkan responden berbangsa India. Batu Caves merupakan tempat ibadat bagi mereka yang beragama Hindu. Gua batu kapur ini merupakan salah satu tempat pelancongan yang ada di pentadbiran MPS.

Saya dan rakan kumpulan telah menaiki 272 anak tangga untuk sampai ke puncak Batu Caves. Ia amat memenatkan untuk menaiki anak tangga sebanyak itu dalam sejarah hidup saya. Namun, pengalaman tersebut amat berharga kerana belum pasti saya akan sampai ke Batu Caves selepas ini.

Sewaktu disana, kami telah mendapat responden yang memberi kerjasama bagi melancarkan kerja lapangan kami. Kami juga sempat berborak bersama responden untuk mengetahui lebih lanjut tentang Batu Caves. Dalam pemerhatian kami, ia merupakan salah satu tempat pelancongan di negeri Selangor yang kaya dengan sejarah dan seni bina masyarakat beragama Hindu. Dalam pemerhatian saya, saya mendapati mereka menghormati monyet yang ada di kawasan Batu Caves kerana mereka menganngap monyet merupakan salah satu dewa masyarakat Hindu.

Setelah mencapai matlamat kami di Batu Caves, kami menerjah ke kawasan lain untuk mencari dan menyelesaikan tugasan yang diberikan kepada kami. Gambar semasa saya dan rakan-rakan di Batu Caves ada dicoretkan di dalam blog ini.

Sunday, October 19, 2008

Suara Rakyat Kelima

Semasa menjalankan temubual bersama beberapa responden, mereka menyuarakan kebimbangan tentang isu keselamatan di kawasan perumahan. Hal ini kerana pecah masuk sering berlaku di kawasan perumahan yang baru diduduki.

Antara faktor yang menyumbangkan pecah masuk ialah kurangnya penduduk di kawasan tersebut. Hal ini menyebabkan pencuri mudah mencari sasaran kerana ia kurang menjadi perhatian penduduk di kawasan tersebut. Namun, saya merasakan jalinan antara hubungan dalam Rukun Tetangga kurang kuat menyebabkan pencuri mudah untuk merompak. Isu keselamatan merupakan paling penting dalam membina kehidupan yang aman.

Suara Rakyat Keempat

Semasa menjalankan kajian dilapangan, kebanyakkan mereka merungut tentang longkang yang kurang diselenggara dengan baik. Hal ini kerana ia kerap tersumbat dan berbau. Kebanyakkan mereka ialah peniaga kedai makanan dan juga penduduk di kawasan perumahan.

Namun, saya dapati peniaga kedai makanan tersebut tidak menapis sisa-sisa makanan. Hal ini sememangnya boleh mengakibatkan longkang tersumbat kerana mendappan sisa-sisa makanan. Jadi tidak ada gunanya longkang tersebut diselenggara dengan kerap kerana kurangnya kesedaran mereka dalam pembuangan sisa-sisa makanan ke dalam longkang premis perniagaan.

Di Salah Anggap

Terdapat satu peristiwa yang tidak dapat saya lupakan sewaktu menjalankan kajian di kawasan berdekatan Pasar Selayang. Peristiwa tersebut turut dialami oleh teman baik saya sendiri iaitu ipen. Kami telah disalah anggap sebagai pekerja daripada MPS walaupun kami telah memperkenalkan diri sebelum itu.

Keadaan menjadi lebih gawat apabila kami menjadi tumpuan masyarakat disitu dan mereka mengerumuni kami. Mungkin ia terjadi kerana kami memakai baju jaket program untuk menjalankan kerja. Bagi menanganinya, saya membuat temubual seolah-olah kami pekerja MPS bagi mendapatkan kerjasama penduduk di kawasan berkenaan.

Di Pasar Selayang

Banyak pengalaman di pasar tersebut. Saya tiba di pasar berkenaan pada hari kedua kerja lapangan. Namun, terdapat satu peristiwa yang tidak dapat saya lupakan ialah 'bau' dalam pasar berkenaan. Dalam hidup saya tidak pernah terbau sebegitu rupa. Mungkin pengunjung pertama kali seperti saya sahaja yang tidak biasa. Ia turut diakui oleh rakan-rakan kumpulan saya. Namun, bau berkenaan memang tidak dapat saya lupakan walaupun hanya baru memasuki pintu pagar pasar berkenaan.

Thursday, October 16, 2008

Gambar K15



Bersama responden yang bekerja sebagai pemandu lori. Kawasan di masjid Sri Gombak.

Gambar K14

Temubual bersama responden yabg berbangsa cina di pasar selayang.

Gambar K13


Lokasi Batu Caves. Penat menaiki tangga semata-mata hendak mendapatkan responden. Kalau tidak percaya, naiklah...

Gambar K12


Temubual bersama responden untuk mendapatkan pendangan mereka tentang isu-isu pembangunan di Rawang. Lokasi di depan pasaraya Mydin Rawang.

Gambar K11


Adakah ini stesen bas? Kalau hendak tahu, pergilah ke Rawang.

Gambar K10


Longkang tidak bertutup di kawasan perhentian bas Rawang. Saya merasakan ia tidak sepadan dengan kawasan yang dipanggil "perhentian bas" ini kerana ia tidak bersesuaian dengan gambaran yang ada dengan perhentian bas yang ada di Kajang.

Gambar K9


Salah satu Kemudahan yang ada di Rawang.

Gambar K8


Ha!!! Inilah hujan yang saya meksudkan.

Gambar K7


Kandas di bawah jambatan sewaktu menghala ke Rawang kerana hujan lebat.

Gambar K6


Salah satu strategi kami untuk mendapatkan responden. Kawasan di Selayang.

Gambar K5


Temubual dijalankan dengan responden yang berkerja sebagai pemandu teksi.

Gambar K4


Tempat mencari responden di gerai makan dibawah penyelenggaraan MPS.

Gambar K3


Kemudahan ATM yang ada di depan pondok pengawal MPS.

Gambar K2


Berada di depan bangunan MPS

Gambar P1

Dalam perjalanan ke kawasan kajian di Selayang.

Sunday, October 12, 2008

Hari Kedua

Kami berasakan keperluan yang mendesak untuk menyelesaikan segera kerja lapangan. Hari kedua kami telah memilih kawasan yang lain pula yang agak pedalaman. Kawasan yang dipiilh ialah sekitar Batu Caves, Gombak dan juga Sri Gombak.

Banyak juga masalah yang kami hadapi pada hari kedua. Antaranya ialah mencari tempat untuk mencari responden. Kesesuaian tempat memainkan dapatan kajian yang dilakukan oleh kami. Akhirnya kami telah ke Pasar Borong Selayang, Batu Caves dan juga kawasan perumahan di Sri Gombak. Kawasan masjid merupakan 'lubuk emas' kami untuk mendapatkan responden. Jemaah masjid di Masjid Taman Seri Melati dan juga Masjid Al-Ikhlas di Sri Gombak. Kami mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada yang membantu kami.

Dalam perjalanan pulang, kesesakan jalan raya mengganggu perjalanan kami. Banyak kereta yang melalui lorong kecemasan untuk mengelak kesesakan tersebut. Namun, ia tidak menyelesaikan masalah mereka. 'Kezaliman' mereka keatas pemandu motorsikal sepert kami membuatkan kami lebih berhati-hati.

Masalah lain sewaktu dalam perjalanan pulang ialah hujan turun dengan lebat. Kami terpaksa berhenti kerana ia merbahaya kepada pemandu motorsikal seperti saya dan rakan. Ia membuatkan kami lebih berhati-hati dengan borang soal selidik agar tidak basah. Akhirnya kami sampai dengan selamat di UKM pada 9.30 malam.

Hari Pertama

Banyak masalah yang saya hadapi bersama rakan sekumpulan. Kami rasakan masalah yang paling besar ialah mendapatkan kerjasama masyarakat awam. Hal ini kerana mereka berasa kurang senang apabila ditanya soalan yang berbentuk peribadi. Selain itu, kami dapati untuk mendapatkan golongan masyarakat yang 'tinggi' paling sukar untuk mendapatkan kerjasama. Mereka kerap memberikan banyak alasan untuk ditemubual walaupun hanya 5 minit. 'Kesombongan' mereka menyebabkan kami agak kurang mendapatkan suara mereka tentang isu-isu keefisienan bandar.

Masalah kedua ialah kekangan masa. Saya dan rakan sekumpulan hanya berjaya mendapatkan 18 orang daripada 45 orang responden pada hari pertama. Masa perjalanan yang diambil dari satu kawasan ke kawasan lain agak lama mungkin kerana kami pertama kali sampai di Selayang, Bandar Baru Selayang dan juga Rawang.

Ketiga pula ialah masalah cuaca yang tidak menentu. Pada sebelah petang, sewaktu perjalanan saya dan rakan ke bandar Rawang telah diuji dengan hujan yang lebat berhampiran Taman Rimba Komanwel. Jadi kami terpaksa berteduh di bawah jambatan sehingga hujan hampir berhenti. Banyak yang kami dapat lihat semasa perjalanan ke Rawang di sepanjang jalan. Antaranya ialah air sungai yang berkeladak kerana pembangunan di atas bukit kerana pembinaan rumah.

Thursday, October 9, 2008

Suara Rakyat Ketiga

"Pernah sekali saya buat aduan kepada PBT tentang jalan berlubang di kawasan rumah tetapi setelah 2 minggu baru mereka datang betulkan dan tidak tahu mengapa tindakannya lambat"

IBRAHIM AMIRUL, Peniaga
Kosmo 7 Oktober 2008

Suara Rakyat Kedua

"Aduan tembok runtuh adalah paling lama diselesaikan. Mungkin ia melibatkan banyak pihak tetapi langkah segera amat perlu kerana ia membabitkan nyawa orang ramai"

MARCITA A. SEMAN,Peniaga Makanan
Kosmo 7 Oktober 2008

Suara Rakyat Pertama

"Sebagai penduduk apa yang kita mahukan adalah perkhidmatan terbaik daripada PBT tetapi jika aduan sudah dibuat tetapi pelaksanaannya lambat pengguna juga akan bermasalah"

AZMI HUSIN, Peniaga.
Kosmo 7 Oktober 2008

PBT selesai aduan ikut keutamaan

Sebenarnya ramai yang tidak mengetahui bahawa Bahagian Pengaduan Awam sesebuah PBT merupakan jabatan yang paling sibuk kerana terpaksa menerima panggilan aduan perkhidmatan daripada penduduknya.

Kebiasaanya aduan yang dibuat oleh penduduk akan diselesaikan dalam masa 14 hari masa bekerja seperti masalah kutipan sampah dan juga longkang tidak bersih. Sesetengah masalah tidak dapat diselesaikan dalam masa yang singkat kerana ia bergantung kepada keseriusan masalahnya.

Namun, terdapat beberapa aduan yang tidak melibatkan PBT tetapi ia lebih melibatkan pihak pemaju seperti keretakan rumah. Jadi, ia memerlukan kerjasama semua pihak untuk menyelesaikannya.

Aduan: PBT lambat bertindak?

Bedasarkan Kosmo pada 7 Oktober 2008, topik tersebut lebih menekankan keefisienan sesebuah PBT. Walaupun terdapat aduan yang dibuat mengikut saluran yang dikatakan cepat, pantas dan cekap seperti yang sering diperkatakan didakwa lambat untuk diselesaikan.

Hal yang dimaksudkan oleh penduduk seperti sistem saluran longkang, kutipan sampah sarap, jalan raya rosak, kesesakan lalulintas dan sebagainya merupakan aduan yang paling kerap dibuat oleh penduduk.

Kebanyakkan penduduk membuat aduan melalui panggilan telefon, laman web PBT yang diwakili dan juga Hari Bertemu Pelanggan namun, tindakan penyudahnya bergantung kepada jenis aduan yang dilakukan. kesannya, ia akan menyusahkan penduduk kelak.