Sunday, November 16, 2008

Pengenalan Kajian.

Tajuk Kajian : Perspektif Awam Terhadap Tahap Keefisienan Bandar Di Kawasan PBT

Dalam kajian yang dilakukan ini, saya dan ahli kumpulan telah menggunakan metodologi survei dalam mandapatkan responden. Terdapat beberapa kriteria yang diambil kira dalam menjalankannya antaranya ialah penduduk disesebuah kawasan. Dalam kajian ini, tugasan kami adalah penduduk tinggal dan juga menetap di bawah pentadbiran Majilis Perbandaran Selayang (MPS). Selain itu, kami juga memilih responden yang berumur 18 tahun dan keatas sebagai responden.

Di dalam borang soal selidik yang telah dirangka, ia terdapat beberapa bahagian yang dibuat untuk menjawab persoalan kami. Antaranya dalam bahagian A meletakkan latarbelakang responden, bahagian B ialah tahap kepuasan keefisienan bandar, bahagian C pula rangking tahap keefisienan bandar mengikut kawasan PBT, bahagian D ialah pengalaman responden berdepan dengan ketidak-efisienan bandar dan akhir sekali ialah bahagian E yang meletakkan pandangan umum penduduk tentang keefisienan bandar.

Bagi mendapatkan perspektif penduduk, ia telah menggunakan skali Likert. Ia ditunjukkan dengan
0 - Tiada Komen
1- Tidak Efisien
2- Kurang Efisien
3- Efisien
4- Sangat Efisien

Dalam bahagian B, terdapat 13 pecahan yang dilihat oleh penyelidik bagi mendapatkan perspektif responden.
1-Ekonomi Bandar
2-Kemudahan Masyarakat, Ultiliti dan Sosial
3-Infrastruktur dan Ultiliti
4-Rekabentuk, Imej dan Landskap Bandar
5-Pengangkutan dan Perhubungan
6-Perdagangan/Perkhidmatan
7-Perkilangan & Perindustrian
8-Pelancongan dan Budaya
9-Perumahan
10-Keselamatan dan Kawalan
11-Governans
12-Alam Sekitar
13-Perkhidmatan Secara On-Line/e-governans


Saya dan ahli kumpulan telah pergi ke beberapa kawasan untuk mendapatkan responden. Antara tempat yang kami tujui seperti Selayang, Selayang Baru, Taman Seri Gombak, Gombak, Batu Caves dan juga Pekan Rawang.

Bahagian A


LATAR BELAKANG RESPONDEN


Pecahan jantina yang diperolehi oleh penyelidik ialah 32 orang responden ialah lelaki manakala 13 responden adalah perempuan.



Terdapat umur yang diperolehi oleh penyelidik dari berumur 18 tahun hingga 66 tahun. Selang kelas yang dibuat oleh penyelidik ialah 10>19 tahun seramai 2 orang, 20>29 tahun 11 orang, 30>39 tahun 10 orang, 40>49 tahun seramai 11 orang, 50>59 tahun seramai 10 orang dan akhir sekali dari 60>69 tahun seorang.


Seramai 71.1% (32) orang responden berbangsa Melayu, 20.0% (9) orang responden berbangsa India dan selebihnya sebanyak 8.9% (4) responden berbangsa Cina.


Tahap pendidikan responden dapat dilihat seramai 4 orang berpendidikan sekolah rendah, 9 orang mempunyai kelayak PMR/SRP/LCE. Manakala majoritinya berpendidikan SPM seramai 21 orang dan seramai 3 orang mendapat pendidikan STPM/Diploma dan juga Ijazah Pertama. Akhir sekali golongan minoriti mendapat pendidikan di tahap Ijazah Lanjutan hanya seorang.Majoriti responden berasal dari Selangor iaitu seramai 21 orang dan minoriti dari Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Terengganu hanya seorang. Manakala responden dari negeri Kelantan, Perak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan juga Negeri Sembilan seramai 3 orang. Seramai 7 orang responden pula berasal dari negeri Kedah.

Rata-rata responden tinggal di kawasan pentadbiran MPS. Majoritinya tinggal di Selayang iaitu seramai 13 orang, dan diikuti oleh Batu Caves dan Bukit Beruntung seramai 8 orang.


Ia dapat dipermudahkan lagi dengan skala 1 hingga 9 tahun seramai 19 orang, 10 hingga 19 tahun seramai 11 orang, 20 hingga 29 tahun 10 orang, 30 hingga 39 tahun seramai 3 orang, 40 hingga 49 tahun tiada, dan akhir sekali ialah 50 hingga 59 tahun seramai 2 orang.


Bedasarkan dapatan, terdapat pelbagai jenis pekerjaan responden. Ia terdiri daripada sektor kerajaan, swasta dan juga bekerja sendiri. Antara pekerjaan dalam sektor kerajaan seperti guru, polis, tentera dan lain-lain. Manakala jenis pekerjaan swasta seperti permandu lori, juruteknik dan juga jurujual. Selebihnya merupakan mereka yang berkerja sendiri mahupun sedang belajar di univerisiti.

Bedasarkan dapatan kajian, jenis pekerjaan pasangan responden ialah guru, kerani, pegawai kerajaan, suri rumah dan juga operator pengeluar seramai seorang. Manakala selebihnya tiada maklumat yang diberikan.

Bedasarkan dapatan kajian, majoriti responden bekerja bagi sektor swasta seramai 19 orang manakala dakam sektor awam seramai 13 orang. Selebihnya bagi yang bekerja sendiri ialah 9 orang dan selebihnya tiada maklumat.

Dapatan bagi organisai pekerjaan pasangan responden, sebanyak 2 orang bekerja dalam sektor awam dan juga swasta. Manakala yang selebihnya tiada maklumat.

Majoriti responden bekerja di Selayang seramai 12 orang manakala minoritinya bekerja di Kepong, Petaling jaya, dan juga Sungai Besi.
Bagi tempat kerja pasangan responden, seramai seorang bekerja di Batu Caves, Kuala Lumpur, Selayang dan juga Sungai Buloh. Selebihnya tiada maklumat.

Dalam melihat tempoh bekerja responden, penyelidik telah memecahkan kepada beberapa selang kelas. Dari 0 hingga 9 tahun seramai 19 orang, 10 hingga 19 tahun 11 orang, 20 hingga 29 tahun seramai 5 orang, 30 hinnga 39 tahun 4 orang manakala 6 orang responden lagi tiada maklumat.


Bagi dapatan tempoh bekerja pasangan ialah dari 0 hingga 9 tahun seramai 2 orang responden, 10 hingga 19 tahun 2 orang, manakala selebihnya tiada maklumat.


Ia dapat dijelaskan lagi dengan skala RM0>RM999 seramai 5 orang, RM1000>RM1999 seramai 13 orang, RM2000>RM2999 seramai 11 orang responden, RM3000>RM3999 seramai 8 orang, RM4000 dan ke atas seramai 4 orang, manakala selebihnya tiada data.


Bagi pendapatan pasangan responden, RM0>RM999 seramai seorang, RM1000>RM1999 seramai 2 orang, RM2000 dan ke atas seramai seorang dan selebihnya seramai 41 orang responden tiada maklumat.

Bahagian B (1)


EKONOMI BANDAR


Dalam bahagian ini, terdapat 19 sub-topik yang telah diambil kira bagi melihat pembangunan ekonomi disesebuah bandar khasnya di Selayang. Ia terdiri daripada segi perkhidmatan sehingga perniagaan di bandar. Hasilnya, dapat dilihat di bawah.



1. Perkhidmatan Awam


2. Perhotelan


3. Peruncitan dan Pemborongan


4. Perkilangan


5. Pengangkutan Antar dan Pengangkutan Dalam Bandar


6. Hiburan dan Kehidupan Bandar


7. Pelancongan dan Rekreasi


8. Penjajaan


9. Perkhidmatan Swasta


10. Perbankan, Kewangan dan Insurans


11. Pembinaan


12. Pembangunan Hartanah; Perumahan dan Pejabat


13. Komunikasi dan ICT


14. Insurans dan Sekuriti


15. Pusat Latihan Swasta


16. Pusat Kecantikan

17. Kesihatan

18. Pendidikan


19. Restoran


Bahagian B (2)


KEMUDAHAN MASYARAKAT, ULTILITI DAN SOSIAL


Dalam bahagian ini, ia melihat lebih kepada penyediaan kemudahan kepada penduduk awam di kawasan PBT. Apa yang ingin dilihat sama ada penduduk benar-benar mengetahui kewujudan kemudahan tersebut dan juga persepsi mereka tentang kemudahan yang disediakan. Terdapat 19 perkara yang menjadi pertimbangan dalam menentukan perspektif penduduk.



1. Kemudahan Kesihatan/Hospital dan Klinik Kerajaan


2. Kemudahan Sekolah Swasta/Antarabangsa


3. Kemudahan Tadika/Tabika


4. Kemudahan Pendidikan Sekolah Rendah dan Menengah


5. Kemudahan Kebudayaan


6. Pusat Riadah Swasta


7. Kemudahan Kawasan Terbuka, Taman Rekreasi


8. Kemudahan Kebajikan Sosial


9. Kemudahan Kesihatan Swasta


10. Kemudahan dan Perkhidmatan Institusi Kebajikan


11. Perpustakaan Awam


12. Pusat ICT


13. Dewan, Stadium, Sukan


14. Kemudahan Agama/Rumah Ibadat


15. Perkuburan


16. Rukun Tetangga


17. Pusat Aduan Pengguna


18. Medan Selera


19. Pasar