Thursday, October 23, 2008

Di Batu Caves

Pada hari kedua saya menjalankan kerja lapangan, salah satu tempat yang saya dan rakan kumpulan pergi ialah ke Batu Caves. Hal ini semata-mata untuk mendapatkan responden berbangsa India. Batu Caves merupakan tempat ibadat bagi mereka yang beragama Hindu. Gua batu kapur ini merupakan salah satu tempat pelancongan yang ada di pentadbiran MPS.

Saya dan rakan kumpulan telah menaiki 272 anak tangga untuk sampai ke puncak Batu Caves. Ia amat memenatkan untuk menaiki anak tangga sebanyak itu dalam sejarah hidup saya. Namun, pengalaman tersebut amat berharga kerana belum pasti saya akan sampai ke Batu Caves selepas ini.

Sewaktu disana, kami telah mendapat responden yang memberi kerjasama bagi melancarkan kerja lapangan kami. Kami juga sempat berborak bersama responden untuk mengetahui lebih lanjut tentang Batu Caves. Dalam pemerhatian kami, ia merupakan salah satu tempat pelancongan di negeri Selangor yang kaya dengan sejarah dan seni bina masyarakat beragama Hindu. Dalam pemerhatian saya, saya mendapati mereka menghormati monyet yang ada di kawasan Batu Caves kerana mereka menganngap monyet merupakan salah satu dewa masyarakat Hindu.

Setelah mencapai matlamat kami di Batu Caves, kami menerjah ke kawasan lain untuk mencari dan menyelesaikan tugasan yang diberikan kepada kami. Gambar semasa saya dan rakan-rakan di Batu Caves ada dicoretkan di dalam blog ini.

No comments: