Sunday, November 16, 2008

Bahagian D

Pengalaman Berdepan Dengan Ketidak-Efisienan Bandar.

Kebanyakkan peristiwa yang responden hadapi tentang isu ketidak-efisienan bandar ialah dari segi jadual kutipan sampah yang tidak teratur. Hal ini kerap berlaku dalam waktu perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri. Jadi penduduk terpaksa menggunakan insiatif sendiri untuk membuang sampah.


Kedua ialah dari segi penyelenggaraan kemudahan awam dan longkang. Hal ini dapat dilihat dalam kemudahan di taman-taman awam dimana responden menyatakan alat permainan yang sudah rosak tidak digantikan dengan yang baru.


Ketiga pula ialah lambat menangani sesuatu masalah penduduk. Dalam hal ini, rata-rata responden tidak berpuas hati kerana ia menyusahkan penduduk. Ia dinyatakan oleh responden dalam satu peristiwa pokok tumbang yang mengambil masa yang lama untuk diatasi oleh PBT.

No comments: