Sunday, October 12, 2008

Hari Pertama

Banyak masalah yang saya hadapi bersama rakan sekumpulan. Kami rasakan masalah yang paling besar ialah mendapatkan kerjasama masyarakat awam. Hal ini kerana mereka berasa kurang senang apabila ditanya soalan yang berbentuk peribadi. Selain itu, kami dapati untuk mendapatkan golongan masyarakat yang 'tinggi' paling sukar untuk mendapatkan kerjasama. Mereka kerap memberikan banyak alasan untuk ditemubual walaupun hanya 5 minit. 'Kesombongan' mereka menyebabkan kami agak kurang mendapatkan suara mereka tentang isu-isu keefisienan bandar.

Masalah kedua ialah kekangan masa. Saya dan rakan sekumpulan hanya berjaya mendapatkan 18 orang daripada 45 orang responden pada hari pertama. Masa perjalanan yang diambil dari satu kawasan ke kawasan lain agak lama mungkin kerana kami pertama kali sampai di Selayang, Bandar Baru Selayang dan juga Rawang.

Ketiga pula ialah masalah cuaca yang tidak menentu. Pada sebelah petang, sewaktu perjalanan saya dan rakan ke bandar Rawang telah diuji dengan hujan yang lebat berhampiran Taman Rimba Komanwel. Jadi kami terpaksa berteduh di bawah jambatan sehingga hujan hampir berhenti. Banyak yang kami dapat lihat semasa perjalanan ke Rawang di sepanjang jalan. Antaranya ialah air sungai yang berkeladak kerana pembangunan di atas bukit kerana pembinaan rumah.

No comments: