Sunday, November 16, 2008

Bahagian A


LATAR BELAKANG RESPONDEN


Pecahan jantina yang diperolehi oleh penyelidik ialah 32 orang responden ialah lelaki manakala 13 responden adalah perempuan.



Terdapat umur yang diperolehi oleh penyelidik dari berumur 18 tahun hingga 66 tahun. Selang kelas yang dibuat oleh penyelidik ialah 10>19 tahun seramai 2 orang, 20>29 tahun 11 orang, 30>39 tahun 10 orang, 40>49 tahun seramai 11 orang, 50>59 tahun seramai 10 orang dan akhir sekali dari 60>69 tahun seorang.


Seramai 71.1% (32) orang responden berbangsa Melayu, 20.0% (9) orang responden berbangsa India dan selebihnya sebanyak 8.9% (4) responden berbangsa Cina.


Tahap pendidikan responden dapat dilihat seramai 4 orang berpendidikan sekolah rendah, 9 orang mempunyai kelayak PMR/SRP/LCE. Manakala majoritinya berpendidikan SPM seramai 21 orang dan seramai 3 orang mendapat pendidikan STPM/Diploma dan juga Ijazah Pertama. Akhir sekali golongan minoriti mendapat pendidikan di tahap Ijazah Lanjutan hanya seorang.Majoriti responden berasal dari Selangor iaitu seramai 21 orang dan minoriti dari Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Terengganu hanya seorang. Manakala responden dari negeri Kelantan, Perak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan juga Negeri Sembilan seramai 3 orang. Seramai 7 orang responden pula berasal dari negeri Kedah.

Rata-rata responden tinggal di kawasan pentadbiran MPS. Majoritinya tinggal di Selayang iaitu seramai 13 orang, dan diikuti oleh Batu Caves dan Bukit Beruntung seramai 8 orang.


Ia dapat dipermudahkan lagi dengan skala 1 hingga 9 tahun seramai 19 orang, 10 hingga 19 tahun seramai 11 orang, 20 hingga 29 tahun 10 orang, 30 hingga 39 tahun seramai 3 orang, 40 hingga 49 tahun tiada, dan akhir sekali ialah 50 hingga 59 tahun seramai 2 orang.


Bedasarkan dapatan, terdapat pelbagai jenis pekerjaan responden. Ia terdiri daripada sektor kerajaan, swasta dan juga bekerja sendiri. Antara pekerjaan dalam sektor kerajaan seperti guru, polis, tentera dan lain-lain. Manakala jenis pekerjaan swasta seperti permandu lori, juruteknik dan juga jurujual. Selebihnya merupakan mereka yang berkerja sendiri mahupun sedang belajar di univerisiti.

Bedasarkan dapatan kajian, jenis pekerjaan pasangan responden ialah guru, kerani, pegawai kerajaan, suri rumah dan juga operator pengeluar seramai seorang. Manakala selebihnya tiada maklumat yang diberikan.

Bedasarkan dapatan kajian, majoriti responden bekerja bagi sektor swasta seramai 19 orang manakala dakam sektor awam seramai 13 orang. Selebihnya bagi yang bekerja sendiri ialah 9 orang dan selebihnya tiada maklumat.

Dapatan bagi organisai pekerjaan pasangan responden, sebanyak 2 orang bekerja dalam sektor awam dan juga swasta. Manakala yang selebihnya tiada maklumat.

Majoriti responden bekerja di Selayang seramai 12 orang manakala minoritinya bekerja di Kepong, Petaling jaya, dan juga Sungai Besi.
Bagi tempat kerja pasangan responden, seramai seorang bekerja di Batu Caves, Kuala Lumpur, Selayang dan juga Sungai Buloh. Selebihnya tiada maklumat.

Dalam melihat tempoh bekerja responden, penyelidik telah memecahkan kepada beberapa selang kelas. Dari 0 hingga 9 tahun seramai 19 orang, 10 hingga 19 tahun 11 orang, 20 hingga 29 tahun seramai 5 orang, 30 hinnga 39 tahun 4 orang manakala 6 orang responden lagi tiada maklumat.


Bagi dapatan tempoh bekerja pasangan ialah dari 0 hingga 9 tahun seramai 2 orang responden, 10 hingga 19 tahun 2 orang, manakala selebihnya tiada maklumat.


Ia dapat dijelaskan lagi dengan skala RM0>RM999 seramai 5 orang, RM1000>RM1999 seramai 13 orang, RM2000>RM2999 seramai 11 orang responden, RM3000>RM3999 seramai 8 orang, RM4000 dan ke atas seramai 4 orang, manakala selebihnya tiada data.


Bagi pendapatan pasangan responden, RM0>RM999 seramai seorang, RM1000>RM1999 seramai 2 orang, RM2000 dan ke atas seramai seorang dan selebihnya seramai 41 orang responden tiada maklumat.

No comments: