Sunday, November 16, 2008

Pengenalan Kajian.

Tajuk Kajian : Perspektif Awam Terhadap Tahap Keefisienan Bandar Di Kawasan PBT

Dalam kajian yang dilakukan ini, saya dan ahli kumpulan telah menggunakan metodologi survei dalam mandapatkan responden. Terdapat beberapa kriteria yang diambil kira dalam menjalankannya antaranya ialah penduduk disesebuah kawasan. Dalam kajian ini, tugasan kami adalah penduduk tinggal dan juga menetap di bawah pentadbiran Majilis Perbandaran Selayang (MPS). Selain itu, kami juga memilih responden yang berumur 18 tahun dan keatas sebagai responden.

Di dalam borang soal selidik yang telah dirangka, ia terdapat beberapa bahagian yang dibuat untuk menjawab persoalan kami. Antaranya dalam bahagian A meletakkan latarbelakang responden, bahagian B ialah tahap kepuasan keefisienan bandar, bahagian C pula rangking tahap keefisienan bandar mengikut kawasan PBT, bahagian D ialah pengalaman responden berdepan dengan ketidak-efisienan bandar dan akhir sekali ialah bahagian E yang meletakkan pandangan umum penduduk tentang keefisienan bandar.

Bagi mendapatkan perspektif penduduk, ia telah menggunakan skali Likert. Ia ditunjukkan dengan
0 - Tiada Komen
1- Tidak Efisien
2- Kurang Efisien
3- Efisien
4- Sangat Efisien

Dalam bahagian B, terdapat 13 pecahan yang dilihat oleh penyelidik bagi mendapatkan perspektif responden.
1-Ekonomi Bandar
2-Kemudahan Masyarakat, Ultiliti dan Sosial
3-Infrastruktur dan Ultiliti
4-Rekabentuk, Imej dan Landskap Bandar
5-Pengangkutan dan Perhubungan
6-Perdagangan/Perkhidmatan
7-Perkilangan & Perindustrian
8-Pelancongan dan Budaya
9-Perumahan
10-Keselamatan dan Kawalan
11-Governans
12-Alam Sekitar
13-Perkhidmatan Secara On-Line/e-governans


Saya dan ahli kumpulan telah pergi ke beberapa kawasan untuk mendapatkan responden. Antara tempat yang kami tujui seperti Selayang, Selayang Baru, Taman Seri Gombak, Gombak, Batu Caves dan juga Pekan Rawang.

No comments: