Showing posts with label Isu-isu yang berkaitan. Show all posts
Showing posts with label Isu-isu yang berkaitan. Show all posts

Sunday, November 16, 2008

Peranan Masyarakat Membantu Kempen Anti Denggi.

Kempen gotong-royong diadakan pada hari ini merupakan salah satu anjuran Panel Penasihat Klinik Kesihatan Taman Kenangan, Gombak Setia. Ia diadakan di Padang Awam Fasa 9 Tmn. Seri Gombak.

Penduduk kawasan dijemput hadir bagi membantu merebaknya denggi di kawasan perumahan disamping menerapkan kesedaran bahayanya denggi terhadap kesihatan. Selain itu, ia juga dapat menjaga kebersihan kawasan taman perumahan.

Friday, November 7, 2008

Suara Ahli Majlis Tidak Akan Dihad

Dalam artikel Sinar Harian pada 31 Oktober 2008, terdapat satu isu yang menarik perhatian saya. PBT perlu lebih bertanggungjawab dalam kenyataan yang dibuat kepada media tentang perkara yang diulas.
Bagi saya, perkara tersebut tidak menjadi isu besar di bawah pentadbiran MPS kerana PBT tersebut dapat membantu dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik bagi penduduk di kawasan MPS itu sendiri. Disamping itu, akan wujud komunikasi secara terus dengan penduduk sesebuah kawasan bagi menjelaskan masalah dan juga cadangan dari pihak MPS mengatasi masalah penduduk.Namun, sesebuah kenyataan haruslah tidak menyentuh isu-isu yang dapat mengeruhkan lagi keadaan.

Koleksi, Kelengkapan di Perpustakaan Awam perlu Dipertingkatkan

Berdasarkan artikel di dalam akhbar Sinar Harian pada 31 Oktober 2008, ia menyentuh tentang peranan perpustakaan awam di Selangor. Ia seharusnya tidak menjadi tempat untuk rakyat memahami buku dan bukannya sebagai pusat penyimpanan buku. Bahkan ia boleh menjadi daya tarikan bagi golongan bukan suka membaca untuk mengimarahkan lagi perpustakaan awam di Selangor. Jadi, beberapa aktiviti perlu dirancang bagi menjayakannya.

Dalam masa akan datang, ia dapat memupuk budaya membaca dalam kalangan rakyat negeri Selangor khasnya. Hal ini kerana budaya membaca dalam kalangan masyarakat kita amat kurang.

Bagi saya, perpustakaan merupakan sebuah gedung ilmu yang perlu diterokai oleh manusia. Namun, budaya membaca perlu diterapkan lagi dalam era kanak-kanak agar mereka biasa dengan bahan bacaan ilmiah, Selain itu, saya ingin mancadangkan agar perpustakaan awam di negeri Selangor dilengkapi dengan internet agar masyarakatnya terutamanya kanak-kanak celik IT.

Thursday, October 9, 2008

PBT selesai aduan ikut keutamaan

Sebenarnya ramai yang tidak mengetahui bahawa Bahagian Pengaduan Awam sesebuah PBT merupakan jabatan yang paling sibuk kerana terpaksa menerima panggilan aduan perkhidmatan daripada penduduknya.

Kebiasaanya aduan yang dibuat oleh penduduk akan diselesaikan dalam masa 14 hari masa bekerja seperti masalah kutipan sampah dan juga longkang tidak bersih. Sesetengah masalah tidak dapat diselesaikan dalam masa yang singkat kerana ia bergantung kepada keseriusan masalahnya.

Namun, terdapat beberapa aduan yang tidak melibatkan PBT tetapi ia lebih melibatkan pihak pemaju seperti keretakan rumah. Jadi, ia memerlukan kerjasama semua pihak untuk menyelesaikannya.

Aduan: PBT lambat bertindak?

Bedasarkan Kosmo pada 7 Oktober 2008, topik tersebut lebih menekankan keefisienan sesebuah PBT. Walaupun terdapat aduan yang dibuat mengikut saluran yang dikatakan cepat, pantas dan cekap seperti yang sering diperkatakan didakwa lambat untuk diselesaikan.

Hal yang dimaksudkan oleh penduduk seperti sistem saluran longkang, kutipan sampah sarap, jalan raya rosak, kesesakan lalulintas dan sebagainya merupakan aduan yang paling kerap dibuat oleh penduduk.

Kebanyakkan penduduk membuat aduan melalui panggilan telefon, laman web PBT yang diwakili dan juga Hari Bertemu Pelanggan namun, tindakan penyudahnya bergantung kepada jenis aduan yang dilakukan. kesannya, ia akan menyusahkan penduduk kelak.