Showing posts with label Pelancongan. Show all posts
Showing posts with label Pelancongan. Show all posts

Wednesday, October 29, 2008

Gambar Pemandangan Dalam Hutan

Pokok Tapak Kaki Hantu.
Pokok Tongkat Ali Hitam.


'Crown' yang dapat kita saksikan kerana ciri-ciri hutan hujan khatulistiwa

itu sendiri mempunyai 4 lapisan yang tidak bercantum sebenarnya.




Keindahan alam semulajadi yang tidak mungkin sama dengan
hutan lain yang ada di dunia.

Ini merupakan salah satu spesis dari keluarga pokok bakau.
Jika diamati, ia seakan-akan berbentuk seperti kepala gajah.



Pokok Kacip Fatimah.












Tuesday, October 28, 2008

Gambar Di Dalam Muzium Frim

Kepala kapal layar.

Gasing pangkah.


Alatan memproses makanan berasaskan bijirin.

Alat muzik tradisional.


Akar pokok kayu Ara.


Replika kapal layar.


Mesin memproses padi.


Gambar penyelidik bersama rakan-rakan.


Rotan yang dibentuk dan diukir seperti bentuk ular.

Monday, October 27, 2008

Pokok Buluh Burma

Pokok Buluh Burma. Pokok ini dibawa masuk dan ditanam di FRIM sewaktu pembukaannya pada 1927. Ia berbunga dalam lingkungan 100 tahun sekali. Namun, saya bernasib baik dapat melihat bunga buluh ini kerana belum tentu saya dapat lihat dalam tempoh 100 tahun akan datang.

Pokok Hujan-hujan. Ia dikatakan pokok hujan-hujan kerana apabila selepas hujan berhenti walaupun selepas 3 jam, air tetap akan jatuh dari pokok ini. Hal ini disebabkan air hujan tadi telah keluar dan jatuh dari pokok-pokok tumpangan yang ada di dahannya. Pokok tumpangan ini tidak menyerap nutrien daripada pokok induk bahkan menyediakan air baginya.

Panorama Hutan

Saya merasa kagum melihat keindahan hutan kita kerana ia membuatkan jiwa kita merasa tenang. Semasa mendengar taklimat dari renjer hutan, beliau menceritakan yang pembalak pasti akan menggigil lutut melihat balak-balak yang ada di sini. Gambar disebelah menunjukkan susunan yang cantik pokok-pokok yang menjadikan ia satu panorama yang indah untu diabdikan.

Arapaima

Di dalam FRIM terdapat sebuah kolam yang dahulunya merupakan sebuah kawasan perlombongan yang kini menjadi kolam ikan.Terdapat 3 ekor ikan Arapaima yang dibawa dari Brazil yang menjadi tarikan pelancongan di FRIM. Arapaima ini merupakan dalam keluarga ikan Arawana. Ikan ini mampu mencapai panjang 17 kaki yang bersamaan tempat meletak 4 buah kenderaan di sana. Namun, ia telah diberi diet dengan memberi makan 5 kilogram ikan seminggu untuk ketiga-tiga ekor ikan ini agar ia tidak terlalu cepat membesar. Pada tempat asal ikan ini, ia memakan anak monyet yang jatuh ke dalam sungai. Apa yang menakjubkan, ikan ini mampu melompat untuk menyambar habuan yang ada di permukaan air.


Muzium FRIM


Saya bersama Ipen dan juga Fendi telah mengabdikan kenangan kami dalam muzium FRIM yang mengandungi pelbagai artifak menarik tentang khazanah hutan kita yang telah diterokai untuk tujuan penyelidikan.

FRIM

Forest Research Institute of Malaysia (FRIM) merupakan satu badan berkanun yang ditubuhkan untuk menjalankan penyelidikan tentang hutan hujan tropika atau dikenali juga sebagai hutan malar hijau. Pada suatu ketika dahulu, FRIM merupakan sebuah tapak lombong bijih timah dan juga ladang buah-buahan pada tahun 1897. kemudian pada tahun 1911, ia dijadikan pusat penyelidikan British bagi mengkaji hutan kita. Pada waktu itu ia dikenali dengan nama Forest Research Institute (FRI). Seorang pegawai penyelidik yang pertama dilantik pada tahun 1922 yang bertanggungjawab untuk memantau dan membuat penyelidikan disini.

FRIM yang berkeluasan 1529 hektar mempunyai banyak kemudahan asas seperti klinik, sekolah, masjid dan lain-lain lagi. Ia terletak di Kepong yang hanya kira-kira 16 km dari Kuala Lumpur. Kini, terdapat 1000 kakitangan yang berkerja di dalam FRIM dimana 300 kakitangannya merupakan saintis yang menjalankan penyelidikan. Kawasan hutan di Malaysia yang digunakan untuk tujuan pembangunan ialah 40% sahaja manakala 60% lagi dibiarkan sebagai hutan simpan. Hutan di FRIM mempunyai kepelbagaian biodiversiti yang memerlukan antara satu sama lain. Kini, apa yang boleh dibanggakan oleh FRIM ialah dengan Anugerah Pengurusan Hutan yang terbaik di dunia.

Hutan malar hijau dapat dikenali dan dibezakan dengan beberapa ciri. Pertama ialah hutan ini terletak di garisan khatulistiwa yang menerima hujan melebihi 2000mm setahun dan hutan tropika kurang 2000mm setahun. Ia hutan ini juga menerima cahaya matahari sepanjang tahun. Hal ini menyebabkannya kelihatan hijau sepanjang tahun berbanding hutan tropika yang menggugurkan daunnya pada musim sejuk. Cara untuk mengukur umur tahun sesebuah batang pokok juga berbeza kerana pokok dari hutan malar hijau tidak boleh dikira berdasarkan ’ring’ dalam batang pokok itu tetapi dikira berdasarkan ukur lilitnya. Contohnya, pokok balau memerlukan 0.05mm untuk membesar dalam satu tahun. berbanding pokok tropika, umurnya dikira bedasarkan ’ring’ dalam pokok itu sendiri. Di dunia hanya terdapat beberapa tempat sahaja yang mempunyai hutan hujan tropika. Antara tempatnya ialah di Lembah Brazil (Hutan Amazon), Afrika Tengah dan juga di Malaysia.

Terdapat beberapa pokok yang amat berguna kepada manusia untuk tujuan perubatan. Antaranya pokok sena yang mengeluarkan getah dimana getah pokok tersebut boleh digunakan untuk merawat ulser mulut. Selain itu, pokok kacip fatimah dan tongkat ali (eurocoma) digunakan untuk menguatkan badan dengan merebus akarnya untuk diminum. Akhir sekali pokok tapak hantu juga sesuai untuk merawat luka dalaman.

Terdapat beberapa kategori pokok lain yang sesuai untuk pembalakan. Antaranya ialah pokok merbau yang dikategorikan sebagai pokok bekayu keras dan berat. Ia sesuai dijadikan alat muzik seperti piano dan juga biola. Selain itu, ia juga digukana untuk dibuat bot. Pokok kategori ini, amat mahal kerana ia mampu bertahan lama walaupun terendam dalam air ataupun tejemur di panas matahari. Kini, harganya mencecah RM800 sekaki.

Pokok meranti juga sesuai untuk tujuan pembalakan. Ia berkategori kayu sederhana keras dan berat. Kebanyakanya ia digunakan untuk menghasilkan perabot. Selain itu, jika ditoreh, ia akan mengeluarkan getah yang dapat digunakan sebagai campuran untuk menghasilkan lipstik.

Pokok Jelutong juga sesuai untuk pembalakan. Namun ia tidak sesuai untuk dibuat perabot kerana ia berkategori kayu ringan dan lembut. Jika ia dijadikan perabot, ia tidak tahan lama kerana terdapat banyak rongga udara didalam kayu tersebut. Ia sesuai untuk dijadikan pensil manakala getahnya digunakan dalam pembuatan gula-gula getah.

Hutan malar hijau merupakan satu anugerah kepada kita kerana ia menyediakan pelbagai kegunaan termasuk untuk tujuan perubatan. Selain itu, ia juga sebuah tempat yang mengandungi pelbagai biodiversiti flora dan fauna yang harus dikekalkan untuk tujuan keseimbangan alam. Hal ini telah dibuktikan bahawa seorang individu memerlukan 77 batang pokok untuk mendapatkan oksigen yang mencukupi dalam sehari. Jelaslah kita amat memerlukan hutan sebagai pelindung pada hari ini dan juga masa akan datang.